BY FADZLY ESA on 12 AUG, 2010

Komunitikini

Memorandum diserahkan kepada Pegawai Khas Dua kepada Datuk Bandar, Md Aznan Md Zain diwakili ahli jawatankuasa bertindak bersama Pantai Panorama, Dr. Teoh Keong Heat bersama ahli majlis MBPJ, Derek Fernandez

Jawatankuasa bertindak bersama Bukit Gasing dan ahli majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menyerahkan memorandum bantahan di ibu pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), semalam.

Bantahan itu dibuat ke atas permohonan kebenaran perancangan bagi 2 blok, 26 tingkat kondominium (408 unit), villa berkembar 21/2 tingkat (18 unit) dengan kemudahan meningkatkan kepadatan  perumahan daripada 20 orang/ekar kepada 332 orang/ekar bagi lot 51038-51061 Kampung Kerinci, Kuala Lumpur.

Memorandum itu mengandungi 921 tandatangan penduduk membantah cadangan pembangunan Bukit Gasing.

Memorandum diserahkan  kepada Pegawai Khas Dua kepada Datuk Bandar, Md Aznan Md Zain diwakili ahli jawatankuasa bertindak bersama Pantai Panorama, Dr. Teoh Keong Heat bersama ahli majlis MBPJ, Derek Fernandez.

Bagaimanapun, Datuk Bandar, Datuk Seri Mohamad Fuad Ismail dilihat meninggal perkarangan bangunan tersebut sejurus sebelum memorandum diserahkan.

Hadir sama, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Anggota Majlis Tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim dan ahli majlis MBPJ.

More: http://komuniti.malaysiakini.com/news/wakil-penduduk-serah-memo-bantahan-pembinaan-bukit-gasing

TheMalay Mail: Petition submitted to stop luxury housing development…

Advertisements